Thursday, June 3, 2010

TEATER LOH YUEH JOHAN NEGERI 2010


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada malam 2 Jun 2010 sempena Pertandingan Teater Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, kumpulan teater PUTERA PENGGARAM yang membariskan 3 putera iaitu Mohd.Shahrin dari UTHM, Khaw dari SMK Datuk Menteri dan Muhamad Uzma dari SMK Tun Ismail kumpulan ini mendapat Johan peringkat negeri dan akan ke kebangsaan pada penghujung Julai nanti. Insya-Allah. Moga kejayaan milik Batu Pahat atau nama yang dikenali sebagai LOH YUEH. Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Batu Pahat apabila memberi saya peluang memasuki pertandingan ini. Terima kasih Rahimah Muda membantu dari segi skrip. Bukan mudah rupanya untuk mengarah sebuah teater. Tetapi ini merupakan pengalaman baru kepada saya. Terima kasih kepada Nizam... Kerana menemukan saya dengan Shahrin... Nizam banyak membantu. Begitu juga dengan Rizal Asrol/Farah sebagai jurusolek dan penyediaan busana. Mr Teo dari Sekolah Tinggi Cina Tanjung Laboh kerana meminjamkan Erhu. Wak Sarkam Gambus. Suami yang menemani dan sponsor makan... TERIMA KASIH SEMUA. Ke Trengganu nampaknya kita ye....

No comments: