Thursday, June 3, 2010

KUCING SAYA





Yang hitam bernama CPR kerana Long telah melakukan CPR ke atasnya apabila tidak bergerak selepas dilahirkan. Selepas melakukan CPR dia bergerak-gerak akhirnya kucing itu dinamakan CPR. Yang putih namanya ACIK kerana badannya kecil berbanding yang lain.

ANUGERAH 2010








Anugerah Khas Kualiti oleh JPN
Anugerah Khas Kualiti oleh PPD
Tempat kedua cerpen Hari Guru sempena Hari Guru Peringkat Negeri (tajuk GAPURA BIANGLALA) dan pertama Batu Pahat. Anak murid pula Johan Peringkat negeri. Ain Farahin M.Kassim. Tajuk MANIS JAVANICA.

Majlis penyampaian hadiah LOH YUEH 2010




Barisan pelakon dan Rahimah Muda. Di mana saya? Tengah ambil gambarlah... Nasib baik ada telefon bimbit...Kamera habis bateri..

Barisan Pelakon LOH YUEH


Gambar aku dan barisan pelakon LOH YUEH 2 Jun 2010 di Dewan Jubli Intan Pontian sempena Pertandingan Teater Kenegaraan Peringkat Negeri 2010

TEATER LOH YUEH JOHAN NEGERI 2010


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada malam 2 Jun 2010 sempena Pertandingan Teater Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, kumpulan teater PUTERA PENGGARAM yang membariskan 3 putera iaitu Mohd.Shahrin dari UTHM, Khaw dari SMK Datuk Menteri dan Muhamad Uzma dari SMK Tun Ismail kumpulan ini mendapat Johan peringkat negeri dan akan ke kebangsaan pada penghujung Julai nanti. Insya-Allah. Moga kejayaan milik Batu Pahat atau nama yang dikenali sebagai LOH YUEH. Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Batu Pahat apabila memberi saya peluang memasuki pertandingan ini. Terima kasih Rahimah Muda membantu dari segi skrip. Bukan mudah rupanya untuk mengarah sebuah teater. Tetapi ini merupakan pengalaman baru kepada saya. Terima kasih kepada Nizam... Kerana menemukan saya dengan Shahrin... Nizam banyak membantu. Begitu juga dengan Rizal Asrol/Farah sebagai jurusolek dan penyediaan busana. Mr Teo dari Sekolah Tinggi Cina Tanjung Laboh kerana meminjamkan Erhu. Wak Sarkam Gambus. Suami yang menemani dan sponsor makan... TERIMA KASIH SEMUA. Ke Trengganu nampaknya kita ye....