Monday, October 5, 2009

Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia


Tarikh
27 September hingga 30 September 2009, saya menghadiri seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Seminar ini amat bermakna kerana saya dapat menimba ilmiu yang sebanyak mungkin dalam bidang bahasa. Kebetulan saya sedang mencari bahan untuk cerpen yang bertemakan bahasa. Alhamdulilah.
Semasa majlis ini berlangsung, saya juga dapat bertemu kawan-kawan lama yang telah bekerja sebagai pensyarah. Rugi rasanya jika tidak menggunakan masa semasa di sini. Terima kasih Yayasan Warisan Johor!




Wednesday, June 3, 2009

4 Jun 2009 - Vietnam (SAIGON)






Kami akan berangkat pulang ke Malaysia hari ini. Penerbangan jam 7 petang waktu Vietnam 8 malam waktu Malaysia. Sebelum pulang kami ke bazar BEN THANT sekali lagi. Nak habiskan duit Dong.... Beli barang yang kecil-kecil kerana duitnya pun dah nak habis... Nanti balik Malaysia tak laku pula. aku menemankan mereka sahaja kerana duitnya dah selamat dibelanjakan. Hendak buat cerita tentang Vietnam, tetapi apa ye....



Tuesday, June 2, 2009

VIETNAM 1 JUN - 4JUN 2009

Ketika ini aku dan keluarga berada di Vietnam, Saigon(Ho Chin Meh). Kami menginap di Hotel Tan Hai Long. Sampai sahaja di sini aku merasakan Vietnam bukanlah tempat yang paling sesuai untuk merehatkan fikiran kerana lalu lintas di sini amat luar biasa kesibukanya. Lalulintasnya tidak sistematik kerana di kiri, kanan, hadapan dan belakang sentiasa ada kenderaan iaitu motor sehingga amat memeningkan kepala. Keadaannya tidak ubah seperti deruan anak-anak ikan di lautan yang meluncur laju dari segenap arah.
Makanannya pula.... sebagai negara yang bukan Islam, kami terpaksa membawa bekalan seperti meggi dan biskut. Nasib baik ada sebuah restoran yang bertanda "Halal" khas untuk orang-orang Islam.... Sekali makan, ya ALlah hampir RM 170 bersamaan lebuih kurang 700,000 dong. Air yang kami order suam aje... Kalau air manis tak tahulah berapa. Akhirnya jalan mudah, untuk menjimatkan wang kami setiap hari kami order 8 bungkus nasi putih, sayur kangkung, telur dadar dan sup sayur. Nasib baik mak mertua bawa sambal tumbuk dan sambal goreng tempe.
Biras aku... Siapa lagi kalau bukan si nakal Norhan pintar sekali tawar menawar. Di sini selain mata wang Dong, US Dollar boleh digunakan. Seperti ke Jakarta Indonesia, nilai mata wang Viatnam lebih kecil dari RM, cuma nak mengiranya susah. Satu ringgit bersamaan 4000 dong. Tetapi ketika di sini pertukarannya 1 RM bersamaan 4900 dong. Aku tak adalah berbelanja sangat kerana kena berselawat banyak-banyak agar tidak membazir. Ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan ada juga dibeli.
Ketika menulis ni, sedang menunggu teksi untuk ke City Tours. Lawatan tempat-tempat kesan perang ketika Amerika Syarikat menyerang Vietnam dahulu.
Aku ke Vietnam bersama suami, anak-anak, mak mertua, Mak melah, Rina(adik Ipar) dan Norhan (biras). Perjalanan kami ini juga bersama Encik Arshad dan keluarganya. Sebenarnya Saudara kami Syakila dan Sukri (paramugara MAS) sepatutnya turut serta tetapi apabila Sukri mengalami kemalangan ketika bermain bola sepak dan kakinya patah, Encik Arshad menganti tempatnya.
Anakku, Syahmi asyik teringatkan Malaysia, dia tidak seronok dengan Vietnam. Mujur di hotel ini ada perkhidmatan internet jadi dia rasa gembira kebosanannya terisi.
Esok kami akan berangkat pulang, nampaknya beg kami beranak-ranak pula. Heeee biasalah tu.






Saturday, April 11, 2009

Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKTI 2009

Pada 11.4.09 telah dijalankan majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKTI bagi peperiksaan PMR,SPM,STPM 2008 dan mesyuarat agong PIBG kali k-21 tahun 2009. Majlis berlangsung dengan jayanya. Persembahan cerita rakyat versi moden mendapat perhatian tetamu. Oklah tu... Tahniah Lan. Semoga berjaya. Begitu juga dengan 4 pelajar 6 atas yang lain, Hewlmi, Hazami, Wandi dan Isnin.

Sunday, February 1, 2009

MENGHADIRI 2 KURSUS NOVEL 2009

Pada 23 hingga 25 Januari 2008 aku mengahdiri kursus/bengkel penulisan novel sejarah anjuran Yayasan Warisan Johor di Straits Meridians, Melaka. Teringin hendak mencuba bakat, tetapi perlukan pengorbanan untuk menghasilkannnya. Insya-Allah.
Seterusnya pada 31 Januari 2009 bertempat di Blue Wave, JB aku menghadiri pula kursus penulisan novel Sains Fiksyen dan teknologi anjuran UTM dan Utusan Malaysia. Seronok juga. Mungkin aku juga mahu mencubanya kerana tidak terlalu ilmiah seperti novel sejarah yang tidak boleh ada fantasi dan imaginasi. Insya-Allah. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bak kata Puan Azah Aziz.... Perlu pecut di litar pertandingan.

Tuesday, January 20, 2009

ALFATIHAH BUAT LONG TEH

Pada hari Isnin 12 Januari 2009, sewaktu aku menjadi pengacara majlis Perhimpunan Rasmi dan bersama Bapa Angkat Polis, aku menerima panggilan telefon daripada Mak Farzah mengatakan Long Teh sudah ada tanda-tanda akan menemuiNya. Aku segera memandu ke hospital. Petang jam 4.21 petang Allah telah menyayangi beliau kerana mengidap kanser pankreas. Selasa 13 Januari 2009 Long Teh dikebumikan.
Pada hari Rabu Mak Imah (anak angkat LongTeh yang dipelihara dari bayi) ada temu janji dengan doktor pakar 2, ya, Allah. Doktor menyatakan dia mesti masuk wad kerana kurang kalsium. Atas dasar kemanusiaan, aku membawanya pulang ke kampung mengambil barang kelengkapan dan kembali semula ke hospital. Pada petang khamis dia tiba-tiba sesak nafas dan dimasukkan ke ICU. Kasihannya dia... Dia mengalami kerosakan organ seperti buah pinggang, paru-paru, hati dan jantung. Tuhan... kasihannya dia. Selamatkanlah dia... Aku tidak mahu kehilangan seseorang dalam masa yang terdekat ini ya Allah. Selamatkanlah Mak Imah. AMIN

Friday, January 2, 2009

PTK DG 44 Kohot 9 2008

Tak sangka awal tahun 2009 Allah memberikan rezeki buatku. Suatu hari Aini dari Muar bertanyakan keputusan PTK. Aku nyatakan belum mengetahuinya dan aku berada di bandar Batu Pahat kerana menguruskan beberapa hal dan malamnya ada majlis perkahwinan anak lelaki cikgu Azizul Rahman (Guru Cemerlang Grad Khas C) di Katerina Hotel, namun dengan pertolongan rakan di sekolah cikgu Fadilah Omar dia membantu untuk melayari internet. ALHAMDULILLAH...ALLAH MEMAKBULKAN DOA AKU, KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN. AKU DAPAT 4. ALHAMDULILLAH TAK SANGKA DAPAT CEMERLANG. REZEKI KELUARGA. Mungkin juga doa makcik-makcikku yang 3 orang tu... semuanya sakit. Sakit kanser pula. Sakit pening mereka aku dan adik beradik yang membantu kerana mereka tiada anak dan suami. Mereka adalah warga yang dapat ikhsan dari aku dan keluarga. Paling sedih.. Mak Long iaitu yang sering kupanggil Long Teh, doktor menyatakan hayatnya tidak akan lama. Hnaya dorongan semangat kuberikan kepadanya agar berserah padaNYa. Mak Long seorang yang sering beribadat, mengajar orang mengaji sama ada budak kecil dan orang dewasa, buka kelas agama di rumah, tetapi takut menerima kenyataan tersebut. Aku yang kerdil ini insaf...agar jadi insan yang mulia, insan yang baik dunia dan akhirat. Insaallah. Buat Mak Long, tabahkan hati, kuatkan iman. Allah menentukan segala-galanya.

Thursday, January 1, 2009

Anugerah Tokoh Penulis Wanita Johor 2007

Pada 28 Disember 2008, bertempat di Pontian telah berlangsung majlis mesyuarat agung Persatuan Penulis Johor (PPJ). Dalam masa yang sama PPJ telah memberi anugerah kepada beberapa penulis seperti saya sendiri, Rahimah Muda, W.S Rendra, Taufik. Anugerah ini diberikan sebagai galakan kepada penulis agar terus berkarya. Sabtu malam bertempat di rumah Tuan Haji Rosli diadakan tahlil. Sedapnya makananan di rumahnya. Ikan siakap cukup mengoda tekak yang sememangnya lapar. Terima kasih PPJ Pontian yang sememangnya aktif!
Terima kasih Persatuan Penulis Johor.
SEKALI MENULIS TERUS MENULIS!

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Cemerlang Negeri Johor 2008

Pada 22 Disember 2008 yang lalu saya telah mendapat anugerah guru cemerlang kokurikulum peringkat negeri Johor. Terima kasih PPD dan JPNJ kerana memberi anugerah tersebut. Ini membuatkan saya lebuh bersemangat untuk memajukan diri dan anak didik demi kecemerlangan PPD dan JPNJ seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya kita ikhlas bekerja tanpa mengharapkan balasan, insaallah Allah memberikan segala yang baik untuk kita. Anak didik saya Mohd.Redzlan turut membuat persembahan Bercerita Cerita Rakyat Versi Moden yang berkaitan kepentingan kokurikulum kepada pelajar. Terima kasih semua.