Thursday, June 3, 2010
KUCING SAYA
Yang hitam bernama CPR kerana Long telah melakukan CPR ke atasnya apabila tidak bergerak selepas dilahirkan. Selepas melakukan CPR dia bergerak-gerak akhirnya kucing itu dinamakan CPR. Yang putih namanya ACIK kerana badannya kecil berbanding yang lain.
ANUGERAH 2010
Majlis penyampaian hadiah LOH YUEH 2010
Barisan Pelakon LOH YUEH
TEATER LOH YUEH JOHAN NEGERI 2010
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada malam 2 Jun 2010 sempena Pertandingan Teater Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, kumpulan teater PUTERA PENGGARAM yang membariskan 3 putera iaitu Mohd.Shahrin dari UTHM, Khaw dari SMK Datuk Menteri dan Muhamad Uzma dari SMK Tun Ismail kumpulan ini mendapat Johan peringkat negeri dan akan ke kebangsaan pada penghujung Julai nanti. Insya-Allah. Moga kejayaan milik Batu Pahat atau nama yang dikenali sebagai LOH YUEH. Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Batu Pahat apabila memberi saya peluang memasuki pertandingan ini. Terima kasih Rahimah Muda membantu dari segi skrip. Bukan mudah rupanya untuk mengarah sebuah teater. Tetapi ini merupakan pengalaman baru kepada saya. Terima kasih kepada Nizam... Kerana menemukan saya dengan Shahrin... Nizam banyak membantu. Begitu juga dengan Rizal Asrol/Farah sebagai jurusolek dan penyediaan busana. Mr Teo dari Sekolah Tinggi Cina Tanjung Laboh kerana meminjamkan Erhu. Wak Sarkam Gambus. Suami yang menemani dan sponsor makan... TERIMA KASIH SEMUA. Ke Trengganu nampaknya kita ye....
Subscribe to:
Posts (Atom)