Tuesday, January 20, 2009

ALFATIHAH BUAT LONG TEH

Pada hari Isnin 12 Januari 2009, sewaktu aku menjadi pengacara majlis Perhimpunan Rasmi dan bersama Bapa Angkat Polis, aku menerima panggilan telefon daripada Mak Farzah mengatakan Long Teh sudah ada tanda-tanda akan menemuiNya. Aku segera memandu ke hospital. Petang jam 4.21 petang Allah telah menyayangi beliau kerana mengidap kanser pankreas. Selasa 13 Januari 2009 Long Teh dikebumikan.
Pada hari Rabu Mak Imah (anak angkat LongTeh yang dipelihara dari bayi) ada temu janji dengan doktor pakar 2, ya, Allah. Doktor menyatakan dia mesti masuk wad kerana kurang kalsium. Atas dasar kemanusiaan, aku membawanya pulang ke kampung mengambil barang kelengkapan dan kembali semula ke hospital. Pada petang khamis dia tiba-tiba sesak nafas dan dimasukkan ke ICU. Kasihannya dia... Dia mengalami kerosakan organ seperti buah pinggang, paru-paru, hati dan jantung. Tuhan... kasihannya dia. Selamatkanlah dia... Aku tidak mahu kehilangan seseorang dalam masa yang terdekat ini ya Allah. Selamatkanlah Mak Imah. AMIN

Friday, January 2, 2009

PTK DG 44 Kohot 9 2008

Tak sangka awal tahun 2009 Allah memberikan rezeki buatku. Suatu hari Aini dari Muar bertanyakan keputusan PTK. Aku nyatakan belum mengetahuinya dan aku berada di bandar Batu Pahat kerana menguruskan beberapa hal dan malamnya ada majlis perkahwinan anak lelaki cikgu Azizul Rahman (Guru Cemerlang Grad Khas C) di Katerina Hotel, namun dengan pertolongan rakan di sekolah cikgu Fadilah Omar dia membantu untuk melayari internet. ALHAMDULILLAH...ALLAH MEMAKBULKAN DOA AKU, KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN. AKU DAPAT 4. ALHAMDULILLAH TAK SANGKA DAPAT CEMERLANG. REZEKI KELUARGA. Mungkin juga doa makcik-makcikku yang 3 orang tu... semuanya sakit. Sakit kanser pula. Sakit pening mereka aku dan adik beradik yang membantu kerana mereka tiada anak dan suami. Mereka adalah warga yang dapat ikhsan dari aku dan keluarga. Paling sedih.. Mak Long iaitu yang sering kupanggil Long Teh, doktor menyatakan hayatnya tidak akan lama. Hnaya dorongan semangat kuberikan kepadanya agar berserah padaNYa. Mak Long seorang yang sering beribadat, mengajar orang mengaji sama ada budak kecil dan orang dewasa, buka kelas agama di rumah, tetapi takut menerima kenyataan tersebut. Aku yang kerdil ini insaf...agar jadi insan yang mulia, insan yang baik dunia dan akhirat. Insaallah. Buat Mak Long, tabahkan hati, kuatkan iman. Allah menentukan segala-galanya.

Thursday, January 1, 2009

Anugerah Tokoh Penulis Wanita Johor 2007

Pada 28 Disember 2008, bertempat di Pontian telah berlangsung majlis mesyuarat agung Persatuan Penulis Johor (PPJ). Dalam masa yang sama PPJ telah memberi anugerah kepada beberapa penulis seperti saya sendiri, Rahimah Muda, W.S Rendra, Taufik. Anugerah ini diberikan sebagai galakan kepada penulis agar terus berkarya. Sabtu malam bertempat di rumah Tuan Haji Rosli diadakan tahlil. Sedapnya makananan di rumahnya. Ikan siakap cukup mengoda tekak yang sememangnya lapar. Terima kasih PPJ Pontian yang sememangnya aktif!
Terima kasih Persatuan Penulis Johor.
SEKALI MENULIS TERUS MENULIS!

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Cemerlang Negeri Johor 2008

Pada 22 Disember 2008 yang lalu saya telah mendapat anugerah guru cemerlang kokurikulum peringkat negeri Johor. Terima kasih PPD dan JPNJ kerana memberi anugerah tersebut. Ini membuatkan saya lebuh bersemangat untuk memajukan diri dan anak didik demi kecemerlangan PPD dan JPNJ seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya kita ikhlas bekerja tanpa mengharapkan balasan, insaallah Allah memberikan segala yang baik untuk kita. Anak didik saya Mohd.Redzlan turut membuat persembahan Bercerita Cerita Rakyat Versi Moden yang berkaitan kepentingan kokurikulum kepada pelajar. Terima kasih semua.